Skip to main content

Posts

Featured

PENGERTIAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH[1]

PENGERTIAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH [1] Sunnah dari segi bahasa arab bererti: jalan dan cara [2] .  Manakala perkataan Jamaah dipetik dari bahasa arab iaitu Al-Ijtima’ bererti perkumpulan dan penyatuan  lawan kepada perkatan Al-Tafarruq iaitu perpecahan dan Al-Jamaah bererti satu kumpulan atau jemaah yang telah bersepakat pada sesuatu perkara [3] . Dari segi istilah pula Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah  jumhur  majority umat Nabi Muhammad iaitu sahabat Nabi dan sesiapa yang mengikut mereka dalam asas –asas aqidah (rukun iman) [4] . KITAB DAN BUKU AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH Sangat ramai ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah ini. Antara kita-kitab tersebut ialah seperti: 1-        Risalah al-^Aqidah al-Tahawiyyah  karya al-Imam al-Salafi Abu Ja^far al-Tahawi (w. 321 H), 2-        Kitab al-^Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam ^Umar al-Nasafi (w. 537 H), 3-        Al-^Aqidah al-Murshidah  karangan Ibnu Tumart dan kemudian

Latest Posts